Wednesday, April 21, 2010

PENGKID *(laki ke pompuan dieowg nie)



saya terfikir tentang pengkid nie sebab saya terbace dalam kosmo hari ini yang ada menyentuh tentang penangan cinta pengkid...sungguh HEBAT...


KUALA LUMPUR - Buang anak-anak sendiri gara-gara cinta pengkid! Itulah yang berlaku kepada seorang ibu berusia 50 tahun akibat penangan asmara seorang pengkid berusia 23 tahun yang terjalin sejak beberapa bulan lalu.

Anak sulungnya, Nuruljannah Abdul Halim, 27, yang merupakan seorang pelakon baru berkata, segala-galanya bermula sejak ibunya mengambil pengkid itu bekerja di butik keluarga mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu hubungan mereka tidak lebih sekadar majikan dan pekerja.

"Pada mulanya kami empat beradik sangka hubungan mama dengan pengkid itu hanyalah antara majikan dengan bekas pekerja. Lagi pun pengkid itu bekerja dengan mama sejak dua tahun lalu.

"Tetapi lama-kelamaan hubungan mereka berdua semakin intim.

"Setelah kami siasat, kami mengesyaki mama dan pengkid itu mempunyai hubungan sulit dan pengkid tersebut telah memperdayakan mama menggelapkan wang syarikat untuk kepentingan peribadinya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.



dalam erti kata,pengkid BERERTI:



Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki.Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.Golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi, moral dan sosial yang mereka miliki.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri.Hari ini kegiatan pengkid lebih terancang dan berani. Ia merupakan bencana sosial yang wajat dibendung dan tidak terus menjadi kudis dalam masyarakat.

‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat, berbanding mangsa. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.

HUKUM ISLAM...

Sabda Rasulullah SAW:
لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، والمترجلات من النساء
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 6834خلاصة الدرجة: [صحيح]

Bermaksud :Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita .(HR al Bukhary)

Sabda Rasulullah SAW

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
الراوي: أبو هريرة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4098خلاصة الدرجة: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]

Bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berrkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.(HR Abu Daud)

Maksud hadith ini termasuklah daripada gaya rambut , perhiasan ,penampilan , cara bercakap cara berpakian dan sebagainya.

RAHSIA PENGHARAMAN..
1. Berlawanan dengan fitrah yang telah dicipta Allah bagi orang lelaki dan perempuan yang mempunyai sedikit perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain samada kejadian fizikal , emosi dan sebagainya.Ini disebabkan masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab.

2. Dari kelainan itulah kita itulah sunatullahnya kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.


Firman Allah

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan apabila hubungan ini dilakukan secara pernikahan yang sah maka akan tercapai dan tertunailah naluri fitrah manusia serta keturunannya akan berkembang biak.

Firman Allah
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(QS Arrum 21)

Firman Allah

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(QS An Nur 32)

Namun perlu ditegaskan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa dibatasi dengan batasan syarak adalah diharamkan sebagaimana hubungan perkahwinan yang berlaku dengan jantina yang sejenis atas tiket fahaman liberalisme .

Firman Allah SWT

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)(QS As Syuara’ 165-166).

No comments:

Post a Comment