Wednesday, April 21, 2010

COUPLE!!! *(haram ke ta haram??hukumnye??)



haa...hari ni macam tajuk khas untuk semua umat islam buka mata.kita sebenarnya tidak boleh pandang enteng berkaitan perkara ini.saya pon sebenarnya tak lah baik pon..tpi saya terdetik untuk mengetahui hukum bercinta atau lebih dikenali oleh masyarakad abad ini dengan perkataan "COUPLE"...TAU????pernah couple???ke sedang???moh kita renungkan bersama...

MAKSUD COUPLE :Melakukan hubungan intim dengan perempuan/lelaki yang halal dikahwini (seperti sering keluar makan, jalan sama-sama, study sekali di tempat awam) NAMUN tidak melakukan maksiat yang terang-terangan diketahui haram hukumnya (seperti bersentuhan, meraba, cium, duduk berdua-duaan di tempat tertutup/khalwat).


MAKSUD CINTA :
Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit kerana tidak dapat dijangkau dengan kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Ibnul Qayyim mengatakan: “Cinta tidak dapat didefinisikan dengan jelas bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan melainkan menambah kabur dan tidak jelas definisi adalah ada cinta itu sendiri.”Dalam erti kata,sejauh mana cinta tersebut dan terhadap siapa cinta tersebut ditujukan..


HAKIKAT CINTA :Cinta adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diridhai Allah maka ia akan menjadi ibadah. Dan sebalik jika tidak sesuai dengan ridha-Nya maka akan menjadi perbuatan maksiat. Berarti jelas bahwa couple adalah ibadah hati yang bila keliru menempatkan akan menjatuhkan kita ke dalam sesuatu yang dimurkai Allah yaitu kesyirikan.



Kebejatan arus tsunami JAHILIYYAH MODEN yang semakin parah termasuklah..Gejala sosial yang berlaku semakin tenat bahka boleh dikatakan sampai ke tahp nazak.. jgn kita kata gejala ini hanya berlaku pada masyarakat yang jahil tntg agama, bahkan sebenarnya golongan yang mengaku mengetahui selok-belok agama juga turut terjebak ke dalam hal seperti ini..Amat menyedihkan..ini kerana mereka-mereka termasuk lah saya tidak mahu membuka mata dan memikirkan nya...Nak diceritakan tentang couple,macam-macam perkataan yang pernah saya terdengar istilah "couple Islamic", "cinta anta-anti", "couple yang menepati syarak".. ah, banyak lagi istilah yang saya jumpa.. yang mana semua itu hanyalah TIPU DAYA SYAITAN SEMATA-MATA..

Allah telah mengingatkan kita bahawa syaitan akan menghiasi amalan kita yang buruk agar nampak seolah-olah baik belaka..soalan yang biasa ditanyakn oleh mereka yang sedang hanyut bercinta, "kalau kami couple, tapi kami x tinggal solat, kami x pgg2 tangan, kami bawa mahram keluar sekali, kami saling meng'sms' tazkirah, x dak masalah kan? boleh kan? kami x langgar syara' pun.." itulah antara soalan yang pernah diajukan.. jawpannya mudah.. TAK BOLEH, HUKUM TETATP HARAM.. tidak ada istilah couple syara', kerana couple itu sendiri telah melanggar syara'.. bertepatan dgn firma Allah dalam surah Al-Israa' mafhumnya.." Janganlah kamu menghampiri zina..."



Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.


Dalam ayat ini, Allah telah menegah supaya JANGAN MENGHAMPIRI ZINA, BUKAN JANGAN BERZINA.. larangan yang jelas dalam al-Quran.. jika couple itu dikatakan m'hampiri zina, jalan menuju ke arahnya spt berbalas-balas sms juga adalah HARAM.


Ada lagi satu hadis yang boleh dijadikan dalil berkaitan couple ini....

(1897 - حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ صَفِيَّةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ ح حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ وَعِنْدَهُ أَزْوَاجُهُ فَرُحْنَ فَقَالَ لِصَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ لَا تَعْجَلِي حَتَّى أَنْصَرِفَ مَعَكِ وَكَانَ بَيْتُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهَا فَلَقِيَهُ رَجُلَانِ مِنْ الْأَنْصَارِ فَنَظَرَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ أَجَازَا وَقَالَ لَهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَالَيَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ قَالَا سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يُلْقِيَ فِي أَنْفُسِكُمَا شَيْئًا)

[Al-Bukhariy/ 1897] . Mereka berdua berkata: Maha Suci Tuhan! Ya Rasula Llah. Dia berkata: .


KETERANGAN HADIS...


1- Adalah asing bagi lelaki dan perempuan berjalan berdua ketika itu.

2- Sahabat mengenali Nabi, tetapi tidak dapat mengenali perempuan itu (kerana pakaian mereka sama), lagipun kejadian malam, selepas `Isya'.

3- Nabi memanggil mereka berdua dan menyatakan bahawa perempuan itu ialah isterinya, Safiyyah Binti Huyayy.

4- Tujuan Nabi memperkenalkan bahawa wanita itu isterinya adalah untuk mengelakkan fitnah yang ditimbulkan oleh syaytan di dalam hati mereka berdua.

5- SINDIRAN: Jika berjalan dengan isteri pun Nabi terpaksa memperkenalkannya, apatah lagi berjalan dengan bukan isteri.

6- Nabi hanya berjalan bersama isterinya, menghantarnya balik dari masjid ke rumahnya di Dar Usamah (tidak jauh pun, beberapa minit perjalanan sahaja), tidak buat apa-apa yang lebih pun!

maka disini DATING yang sering dilakukan oleh mereka yang couple adalah HARAM,.Jelas,masyarakat zaman sekang langsung tidak mempedulikan soal halal haram dalam agama....

Mungkin ianya nampak terlalu tegas. Tapi jika difikrkan semula, Islam itu ialah sebuah agama yang suci. Bagaimana kesucian boleh bercampur dengan kekotoran..? Jalan yang terbaik untuk mengahalang diri daripada perbuatan ini ialah dengan cara berpuasa. puasa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah kerana melalui puasa syaitan dan nafsu menjadi lemah.


RENUNG-RUNUNGKANLAH....
sejauh mana dosa yang telah kita lakukan...

No comments:

Post a Comment