Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.
Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.
Kajian ini cuba menyingkap budaya lepak dikalangan remaja dan meneliti tingkahlaku yang sering di kaitkan dengannya. Dalam usia ini remaja ber sikap ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru. Jika tanpa bimbingan dan tunjuk ajar, mereka mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.
Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1994 oleh Prof. Madya Dr. Samsudin A. Rahman dan telah dibentangkan dalam Laporan Kajian Kementerian Belia dan Sukan. Hasil kajian ini mendapati 18 peratus daripada 6,110 remaja yang ditemubual menyatakan mereka mempunyai rakan-rakan yang pernah terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin.
Remaja yang berprestasi lemah menunjukkan kadar yang lebih tinggi iaitu 26 peratus berbanding dengan remaja yang berprestasi cemerlang 17 peratus. Perkara ini ada kaitan dengan pendedahan remaja terhadap bahan-bahan lucah yang sememangnya mudah diperolehi. Hampir 40 peratus remaja menyatakan mereka pernah menonton video lucah atau pun membaca majalah lucah.
Punca wujudnya budaya lepak
- Sikap ibu bapa
sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
- Keadaan di rumah
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh media massa dan eletronik
20 Orang Yang Membuang Masa
1. Tidak mempunyai matlamat
2. Tidak merancang kerja
3. Tidak melaksanakan rancangan
4. Menangguh-nangguhkan kerja
5. Menunggu hingga ke saat akhir
6. Kerja ringan buat ramai-ramai
7. Menunggu orang yang tidak penting
8. Mengikut kawan tanpa tujuan sendiri
9. Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa
10. Bekerja apabila disuruh sahaja
11. Tidak pandai menyimpan barang sendiri
12. Tidak guna alat yang memudahkan kerja
13. Malu bertanya
14. Belajar ditempat yang tidak sesuai
15. Belajar pada masa yang tidak sesuai
16. Membebel
17. Membuat kesilapan yang sama
18. Tengok TV terlalu lama
19. Mengelamun
20.Bersembang kosong.
No comments:
Post a Comment