Thursday, December 9, 2010

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sesunguhnya telah ada pada (diri) rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu...
Al-Ahzab :21


Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka....
Al-Fath:29



KISAH BAGINDA...


Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan pada 12 Rabiul-Awal, bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu baginda masih di dalam rahim ibunya. Betepatan masanya, Aminah binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu Nabi telah menyusukannya selama 3 hari.


Kemudian baginda disusu pula oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah Sa'dyah yang membawa ke desanya ke luar kota Mekah. Tinggal nabi dalam jagaan baik Halimah selam 4 tahun dan baginda dikembalikan semula kepada bonda baginda dibawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.


Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda nabi. Maka tinggallah baginda dalam peliharaan datuk baginda dalam tempoh 2 tahun sahaja. setelah itu baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Talib. Walaupun kehadirannya miskin, sebagai anak remaja baginda telah berikhtiar membantu dengan mengambilupah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itu baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-harian.


Ketika berusia 12 tahun,bapa saudaranya telah membawa Nabi ke negeri Syam kerana urusan perniagaan. dalam pemergian inilah baginda telah ditemui oleh seorang pendita Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi.


Apabila Muhammad berusia 25 tahun, baginda telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang perempuan yang mulia dan kaya. sebelum perkahwinan itu baginda telah membawa barangan khadijah ke negeri Syam dan beroleh keuntungan. Waktu perkahwinan itu,Khadijah telah berusia 40 tahun.


Setelah baginda berusia 40 tahun, baginda diangkat menjadi Rasul Allah dan padanya terletak kewajipan menyampaikan perintah-perintah Allah kepada sekalian manusia.


Nabi Muhammad mengajak manusia ke jalan Allah iaitu mengikut ajaran Islam. Pengikut-pengikutnya kian hari semakin bertambah dan ini menyebabkan musuh-musuh Islam merasa terancam dan mereka mula bertindak liar dengan mengancam dan menyiksa pengikut-pengikut Nabi. Disamping berbagai ancaman, mereka juga memujuk nabi supaya baginda menghentikan seruan Islam. tetapi Nabi terus menghadapi mereka dengan tabah hati walaupun berbahaya kepada dirinya sendiri. suasana menjadi lebih cemas sehingga diantara pengikut-pengikut Nabi berhijrah ke Habsyah.


Suasana berikutnya bertambah kabut apabila Abu Thalib dan isteri bainda wafat. Dalam ketika masalah tersebut berlaku,baginda telah dibawa menemui Allah dalam peristiwa Isra' Mi'raj oleh Malaikat Jibril.


Ancaman keatas Rasul Allah kian bertambah sehinggah pihak musuh telah merancang untuk membunuh baginda. Maka itu, Allah memerintahkan kepada Nabi supaya berangkat meninggalkan Mekah dan pergi ke Madinah. Perjalanan ini atau hijrah Rasul Allah terjadi pada 12 Rabiul-Awal setelah 13 tahun kerasulan baginda.


Di Madinah,Islam telah berkembang dengan begitu pesat sekali. dengan kegigihan Rasul Allah S.A.W. maka terdirilah sebuah masyarakat Islam dan sebuah negara Islam di sana. Baginda kemudian menubuhkan sebuah angkatan perang yang rapi dan dengan itu kedudukan nabi dan kaum Muslimin mulai padu dan kuat. Dengan izin Allah mereka berperang menghadapi musuh-musuh islam yang zalim.


Islam segera berkembang ke merata tempat kerana dakwah yang tersusun rapi. perubahan besar kini terjadi di muka bumi dan orang-orang islam mula disegani dan dihormati.


Setelah 10 tahun Nabi bermastautin di Madinah, baginda wafat pada usia 63 tahun. baginda telah berusaha nemegakkan islam selama 23 tahun. di Makah selama 13 tahun dakwah baginda tidak begitu diterima dan tidak berkembang dengan luas berbanding dengan dakwah baginda di Madinah selama 10 tahun yang mana baginda telah berhasil memenuhu kewajipan-kewajipan yang diperintahkan oleh Allah sebagai Rasul Allah.


Setelah wafatnya baginda Rasulullah S.A.W., sahabat-sahabat baginda pula meneruskan perjuangan menyebarkan Islam ke serat tempat.


Dari lembaran kehidupan Nabi Allah ini termuat kesulitan kehidupan baginda dalam menyampaikan amanah Allah keatasnya. pelbagai dugaan dihadapinya dengan tabah...

masya Allah...

No comments:

Post a Comment