Wednesday, December 8, 2010

kisah bidadari dari syurga






Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).


Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)


Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)


Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58


Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70


(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72


Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74



Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini


Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya barang siapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut....tetapi dia malu untuk bertanyakan kepada nabi disamping malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi(menyertai peperangan atau jihad tersebut). Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama sahabat yang lain, dia tidur bersama-sama.


Dalam tidur tersebut, dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah. dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya "dimanakah dia?". lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah'. lalu ditunjuknya di suatu arah, maka berjalah dia.


Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikan begitu dan dia tak pernah dilihat didunia ini. lalu diberi salam dan dia bertanya andakah wanita tersebut adalah 'ainul mardhiah'. wanita itu menjawab "ehh tidakkkkk", "saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana"


Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi dan wanita tersebut sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai tersebut. lalu diberi salam dan di tanya lagi kepada wanita tersebut pula adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab. "eh tidakkk", "saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini". "ainul mardiah ada di atas mahligai sana".


lalu pemuda tersebut meneruskan perjalanannya dan dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua, dan tak pernah dia lihat wanita secantik itu di dunia. lalu wanita itu berkata . "akulah ainul mardhiah", "aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku". bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. "nantiiiii, kamu belum syahid lagiiii".


Tiba-tiba tersentak pemuda itu, lalu terjaga dari tidurnya dan dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW,tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan
kepada nabi.


Petang tersebut, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi, dalam menceritakan perkara tersebut, nabi menjawab "benar... benar... benar..." di sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini, dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

"subhanallah"




Kesimpulan cerita ini, tidak terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia.... selepas seseorang mati maka kehidupanya terus bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc. Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba. kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan disana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat. jual tanah, jual lembu dan kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai dan ini dapat kita kecapi semua. maka apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh. dan syahid di jalan Allah adalah jihad yang dijanjikan segala kebaikan... semoga kita semua dapat amal dan sampaikan....

No comments:

Post a Comment