Saturday, November 20, 2010

WANITA SUFI




Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah kecintaannya kepada Allah hingga malaikat boleh berbicara dengannya atas perintah Allah....
sama seperti yang dialami oleh iman al ghazali boleh berbicara dengan malaikat hingga diajar Allah ilmu ilmu untuk akhirat melalui malaikat. barulah aku faham maksud Allah didalam quran "bahwa Allah akan menunjuk dan membimbing sesiapa yang dikehendakinya" bermaksud mereka yang ikhlas dan cintakan Allah dan rasulnya... buktinya.... lihat kisah ini , iman al ghazali dan kisah diluar negara seorang budak yang dilahirkan dari perut org kristien yang pandai solat 5 waktu dan pandai membaca quran serta berceramah kepada umum supaya mengikuti ajaran rasulullah s.a.w, INI SEMUA BUKTI YANG ALLAH TERAMAT CINTAKAN HAMBANYA CUMA HAMBANYA SAHAJA YANG TIDAK MAHU MENCARI TUHANNYA. dan ada kisah yang pelik pelik yang ditunjukkan Allah namun kebenaran memang manusia tidak akan menerimanya...


semuanya telah ditunjukkan Allah.. dan memang benarlah firman Allah jika quran boleh membuatkan gunung berkata kata sekalipun manusia tidak akan beriman dengan sebenar benarnya dan boleh dikatakan manusia tertutup hatinya dan akalnya oleh syaitan walaupun mereka berkata syaitan tidak boleh mendampinginya.... cara paling mudah adalah.... jika seseorang menunjukkan satu ajaran... sila tengok dan pastikan dengan betulnya bahawa ianya mesti berdasarkan al-quran dan sunnah rasulullah.... jika tidak tolak sahaja ajarannya... agar tidak merosakkan aqidah manusia dan agar tidk menangia diakhirat nanti. Ibubapa Rabia'atul-adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak menmatuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar."

Keistimewaan dan kekuatan daya ingatan Rabiatul Adawiyah juga telah dibuktikan sejak zaman kanak2. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun. Kagumnya nya dengan wanita ini. Kepantasan Rabiatul Adawiyah menghafaz sudah diketahui kerana beliau sangat suka menghafaz. Beliau menghafaz dengan khusyuk, penuh iman yang mendalam, dan pemahaman yang sempurna. Selain itu, beliau seorang gadis yang solehah terutama selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia. Semasa hayatnya, beliau melalui pelbagai cabaran. Beliau pernah dijual sebagai hamba dan akhirnya di merdekakan.

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.


TERDAPAT BEBERAPA KISAH TELADAN DALAM HIDUP WANITA SUFI INI :-

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."


KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.


Tiba saat kewafatan Rabiatul Adawiyah, Muhammad Bin Amr berkata,"Aku datang melihat Rabiatul Adawiyah, beliau seorang wanita yang sudah tua, berusia 80 tahun, seolah2 kelihatan seperti tempat air yang hampir jatuh dari gantungnya."

Ketika ajalnya hampir tiba, Rabiatul Adawiyah memanggil Abdah Binti Abu Shawwal yang merupakan teman yang paling baik dan setia. Kepada Abdah, beliau berpesan,"Janganlah kematianku sampai menyusahkan orang lain, bungkuslah mayatku dengan jubahku." Menjelang ajal, Rabiatul Adawiyah menolak sesiapa yang ingin menziarahnya. Beliau berkata,"Bangun dan keluarlah. Lapangkan jalan malaikat yang akan datang menjemputku." Selepas orang2 di sekitar Rabiatul Adawiyah beredar, terdengar suara beliau mengucap 2 kalimah Syahadah, lalu terdengar suara menjawab,"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan senang dan mendapat keredhaan. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

Berbagai sumber menyebutkan bahawa Rabiatul Adawiyah wafat pada tahun 185 Hijrah (801 Masihi). Manakala tempat wafat dan makamnya tidak diketahui secara pasti. Ada yang menyebutkan beliau dikuburkan di Jerussalem. Tapi pendapat ni juga dibantah sebahagian ahli sejarah. Namun, telah tercatat dalam sejarah Islam lahirnya seorang sufi wanita yang sangat zuhud dan cintakan Tuhannya.

Kata kata mutiara rabiatul adawiyah


" Biar waktu yang akan membuktikan .......
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan .......
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "



" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.
Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)

1 comment:

  1. Memang patut kita mencontohi Rabiatul Adawiyah......Sebagai seorang wanita.....atau perempuan

    ReplyDelete